Petua Mandi Ais dan Limau Purut/Nipis untuk hilangkan bisa badan,angin dan Gangguan Makhluk Halus



Bila badan penuh angin, penuh bisa, beginilah cara saya menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala dan susah tidur malam. Ada banyak lagi khasiatnya, antaranya menghindari dari gangguan makhluk halus.

1. Beli 1 pek ais . Masukkan dalam baldi dan dicampurkan air sedikit dalam baldi tersebut.

2. Perahkan limau nipis atau limau purut dalam 4 atau 5 biji ke dalam baldi. Sebelum mandi, anda baca surah Al-Fatihah 3 kali, Al-Ikhlas 3 kali dan selawat 3 kali. Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu. Selesai baca, mandi.

Sebaiknya mandi ini buat bilasan terakhir. Mandi dulu dengan air biasa, kemudian baru mandi dengan air limau ini. Selesai baca di atas, mula mandi dari kepala. Lebihkan siram di belakang tengkuk dan bahu.


Sekiranya anda ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk anda. Badan dan kepala akan menjadi ringan.

Sekiranya anda sendawa atau muntah selepas mandi, nasihat saya sila dapatkan rawatan Islam berhampiran.


PETUA-PETUA

Sila pilih petua-petua yang anda cari :

 
Copyright © 2014 Product Report - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info Published By : Blog Mas Faiz