Kaedah #1 : Bilas
1. Sediakan buahan atau sayuran yang hendak dibersihkan. Cuci tangan anda sekurang-kurangnya selama 20 saat.
2. Pentadbiran Makanan dan
Ubat-ubatan Amerika (US Food and Drug Administration, USFDA)
menyarankan anda mencuci terlebih dahulu makanan yang mempunyai kulit
SEBELUM dibuang kulitnya. (Contoh : buah epal)
3. Buang sebarang
label pelekat yang ada pada makanan. Kemudian dengan menggunakan pisau
yang bersih, buang segala bahagian kotor atau busuk pada makanan.
4. Bilas makanan di bawah air yang bersih. Seelok-eloknya dibilas menggunakan air yang selamat untuk diminum.
5.
Sental makanan yang mempunyai kulit tebal seperti timun, kentang, lobak
merah atau mana-mana makanan yang berbuah di dalam tanah. Tujuan
menyental ini adalah untuk menyingkirkan segala mikrob dan organisma
kecil yang terdapat pada makanan.
Kaedah #2 : Rendam
1. Kaedah ini perlu untuk makanan yang mempunyai banyak permukaan seperti anggur, makanan yang dibungkus padat seperti buah-buahan beri dan makanan yang mengandungi banyak liang kecil seperti brokoli dan kubis bunga.
2. Penuhkan besen, sink atau mangkuk besar dengan air. Seelok-eloknya gunakan air yang selamat untuk diminum.
3. Rendamkan makanan dalam air dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu (seperti gerakan mesin kain).
4.
Rendamkan makanan berliang kecil seperti brokoli dan kubis bunga selama
1-2 minit kerana ia mengandungi banyak ruang di mana kotoran dan mikrob
boleh tembus.
5. Bagi sayuran berdaun seperti sawi dan kangkung, asingkan
terlebih dahulu setiap helaian daun. Rendamkan seketika kemudian
ditapis menggunakan penapis. Ulang beberapa kali sehingga tiada lagi
pasir atau kotoran dalam air rendaman.
Kaedah #3 : Rendam dalam Larutan
1. Walaupun makanan sudahpun
bersih dan selamat setelah menggunakan kaedah #2 di atas, namun anda
boleh juga menggunakan campuran larutan lain untuk membersihkan sayuran
dan buahan anda.
2. Larutan air garam : campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen
berisi air dan rendamkan makanan anda di dalam larutan selama 5 minit.
Kemudian bilas sekali lagi untuk menyingkirkan air garam tersebut
sebelum sayuran digunakan atau disimpan.
3. Larutan cuka : buat larutan dengan mencampurkan ½ cawan
cuka bagi setiap 2 cawan air. Rendamkan makanan selama 5 hingga ke 15
minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Kaedah ini akan menghilangkan
kesan racun perosak dan mengurangkan bakteria. Namun ia akan memberi
kesan kepada tekstur dan rasa makanan.
4. Larutan produk komersial : Produk seperti Basic H yang
dikeluarkan oleh jenama Shaklee sering digunakan oleh para suri rumah
untuk mencuci sayuran. Larutan organik yang diperbuat daripada jagung
dan kelapa ini dikatakan dapat mengekalkan kesegaran makanan selain
menjadikan sayuran layu semakin segar.
PETUA-PETUA
Sila pilih petua-petua yang anda cari :
- Petua Osteoporosis ( Tulang Rapuh)
- Labu - Tekak,Demam Panas, kahak bercampur darah
- Masalah Anak Cakap Pelat
- Masalah Penyakit Gout Buah Pinggang
- Bersihkan Oven Berminyak
- Cara Cuci Singki
- Petua Bercakap Dengan Pokok / Ruqyah
- Petua Kencing Tikus
- Khasiat Kunyit
- Bio Haq dan Aura Mawar (MTG)
- Rahsia Khasiat Daun Kari
- Petua Dan Ubat Sakit Kaki
- Rahsia Khasiat Daun Kesum
- Makanan Semulajadi Membunuh Kanser
- Khasiat Buah Betik
- 5 Bahaya Bancuh Susu Formula
- Petua Halau Ulat Gonggok
- 16 Petua Halau Tikus
- 18 Petua Halau Cicak
- 10 Petua Halau Lalat
- 10 Petua Halau Semut
- 11 Petua Menghalau Lipas
- 11 Petua Merawat Demam Denggi
- Petua Membersihkan Brokoli
- Cara Kembalikan Sihir
- Khasiat Bawang Putih - Kolestrol
- Petua Rawatan Demam Panas - Telur Rebus
- Petua Masak Nasi - Kasih Sayang
- Petua Kucing Kurap
- Doa apabila kita dizalimi
- Rawatan Deman Campak Tradisional
- Awas 10 Makanan Gatal
- Petua Hilangkan Sakit Kepala/Pening
- Amalan Doa Penggerak / Pendinding
- Penyediaan Jus Bidara Rukyah
- Petua Pantang Bersalin
- Hilangkan sakit-sakit badan
- Petua Mandi Ais dan Limau Purut
- Rahsia First Ranking Google
- Siapakah Ummu Sibyan ?
- Khasiat Labu Siam
- Rawatan Bengkak Tongsil
- Petua Hilangkan Uban / Daun Rambutan
- Teknik Betul Cuci Sayur-sayuran
- Sihir Perniagaan
- Mandi Limau Nipis
- Petua Jerawat
- Petua Untuk Penyakit Buasir
- Petua Untuk Panau, Kurap dan Kudis Buta
- Ayat pendinding Diri