10 Petua Semulajadi Halau Semut Dari Rumah - Petua ke 10 Teknik Bercakap Dengan Semut



Hasil pencarian tips di google saya ada jumpa pelbagai tips yang boleh saya kongskikan dalam blog ini ,kita cuba sama-sama. Antara tips menghalau semut adalah seperti berikut:

1. Taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka yang menuju kedalam atau arah kedalam rumah, blok laluan mereka dengan meletakkan serbuk kunyit sepanjang jalan yang membolehkan mereka masuk atau lalu didalam rumah..
 


2. Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
 

3. Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja, kaki meja, kaki kabinet dapur dan sebagainya. Kain ni kita potong buat mcm tali panjang sikit supaya boleh ikat keliling bekas yang kita nk ikat tu.



4. Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. 



5. Letak kulit timun berdekatan sarang nya atau laluannya. 

6. Sembur air yang dicampur dengan pati serai wangi di laluan semut serta tempat-tempat yang sering semut berada. Boleh juga buat lap-lap meja dengan air serai wangi ini untuk elak semut naik atas meja. Selain itu serangga-serangga lain seperti lalat, lipas semua lari. 



Tips berikut ini untuk semut yang suka menghurung bekas gula.
 
7. Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.



 


8. Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula. Mungkin rasa panas kot kan.

 


9. Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.


10. Last sekali jika semua petua dah cuba dan semut tetap datang, kita cuba yang ni pula… Kita sembang dengan semut-semut tu dengan berkata:

“Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s..
Ini rumahku..Aku mahukan kebersihan..Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya..Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat..”


Jika kita tak suka semut-semut berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/ sheildtox/bakar semut-semut tu.

Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..

Semut-semut ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa..

Jika kawan-kawan ada petua lain yang boleh dikongsi bersama boleh la cadang di komen di bawah tu. Sama-sama kita berkongsi petua menghalau semut secara semulajadi di sini.

Mana-mana yang dah mencuba petua-petua di atas tu pun boleh kongsi pengalaman di sini juga.

Di harap dengan perkongsian tips menghalau semut ini dapat membantu kawan-kawan dalam menghalau semut tanpa membunuh semut-semut tu kerana semut juga makhluk Allah yang berhak hidup seperti kita semua.

Selamat mencuba


PETUA-PETUA

Sila pilih petua-petua yang anda cari :

 
Copyright © 2014 Product Report - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info Published By : Blog Mas Faiz