Labu untuk Sembuh Sakit Tekak ,Demam Panas, kahak bercampur darah


Sekadar berkongsi cerita yg bermenafaat. ??

 Petua dari seorang yang alim. Pesannya supaya makan labu merah (bahasa Indonesia.. bahasa sini labu kuning/oren tu). Makan banyak-banyak labu merah katanya.. itu ubat tekak dan demam, juga bagus buat bersihkan darah katanya lagi.. elok untuk selsema dan macam-macam lagi khasiat dia rupanya.. 

Masak  labu. Makan banyak-banyak labu tu Kahak yang sebelum ni bercampur darah, bertukar warna jadi warna kahak biasa (minta maaf cerita pasal kahak. Just nak share tindakbalas dari makan labu). Demam masih ada sikit-sikit tapi tak risau sebab dah ambil antibiotik. Kahak berdarah tu yang merisaukan sebenarnya. Bila cerita semula dengan orang alim yang bagi petua ni, katanya "iya..memang labu elok untuk luka dalaman juga..

Pada yang tengah sakit demam, sakit tekak or selsema.. cubalah ikhtiar makan labu.. Kalau nak tau keberkesanannya, try buat sendiri n makan. Untuk yang sakitlah sebab nak tengok kesan dia kan.. 

Yang tak sakit pun boleh makan.. sedap dan menyelerakan.. Labu makanan kesukaan Rasulullah . 

Tak sangka banyak betul khasiatnya.. antara yang dibagitau juga labu elok untuk peparu, perut dan gangguan perut contoh kembung, masuk angin dan sebagainya. Dan lagi.. elok untuk sakit telinga, sakit kuning, orang yang sakit tekak yang suaranya rosak (tak keluar suara bila bercakap) pun elok makan labu. Insya'Allah paling cepat 2 hari boleh kembali pulih suaranya. Untuk anak kecik contoh macam baby, boleh buat labu kukus untuk dia. Lepas kukus tu nanti boleh blend atau lenyek-lenyekkan ikut kesesuaian peringkat umurnya.

PETUA-PETUA

Sila pilih petua-petua yang anda cari :

 
Copyright © 2014 Product Report - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info Published By : Blog Mas Faiz