Tikus adalah salah satu agen penyakit dan perosak kebanyakkan suri
rumah menghadapinya. Bukan itu sahaja, malah melihatnya juga sudah
menggelikan.
Jadi bagaimanakah caranya untuk menghalau haiwan perosak ini? Silap hari bulan kalau tidak dicegah boleh membawa maut.
1. Daun Pandan
Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman
anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda
boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.
2. Daun Semambu
Letakkan daun semambu di laluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam.
3. Daun Durian Belanda
Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui
tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali
di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam
almari pakaian.
Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi.
4. Jering
Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering.
5. Serbuk Lada Hitam
Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.
6. Buah Pong-Pong
Buah Pong-Pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan
pada kawasan yang disyaki ada tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang
lagi. Bagi yang pertama kali dengar nama buah Pong-Pong, boleh dapatkan maklumat lanjut dari Wikipedia.
Amaran: Buah Pong-Pong adalah beracun. Jangan dimakan.
7. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi
beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering
dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.
8. Minyak Pudina
Sapukan minyak pudina pada kain dan letakkan pada di tempat yang
sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi
kerana tikus tidak menyukai bau pudina.
9. Kapur Barus
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di
kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana
tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup
menyengat.
Cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tidak sesuai bagi
yang ada anak kecil. Takut anak-anak ingat itu adalah gula-gula!
10. Cat Badan Tikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna
terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan
datang lagi, malah turut membuatkan tikus-tikus lain berasa takut untuk
mengganggu kediaman anda.
11. Kulit Durian
Letakan beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang
selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yang menusuk hidung dan
berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda.
12. Bela Kucing
Petua halau tikus ini hanyalah untuk orang yang sukakan kucing.
Peliharalah kucing di rumah anda, pastinya tikus akan takut untuk datang
ke rumah anda. Kucing adalah musuh utama tikus. Cuma jangan bela kucing
mahal yang cuma pandai tengok tikus lalu sahaja.
13. Buah Kepompong
Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus.
14. Perangkap Tikus
Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.
15. Tutup Semua Laluan Masuk Tikus
Tutup semua laluan yang membolehkan tikus masuk ke rumah. Pasangkan
jaring atau tutup terus laluan masuk. Jangan sampai ada sedikit ruang
kerana tikus boleh melepasi ruang sempit itu.
16. Guna Serai Wangi
Petua halau tikus yang terakhir ialah dengan menggunakan serai wangi.
Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia
efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan
serangga yang lain.
17. Lantik syarikat pengendali haiwan perosak (pest control)
Kalau ada modal lebih, cari penyedia servis yang benar-benar
berkebolehan membantu kita menyelesaikan masalah ini. Ada jenis orang
yang geli untuk pegang tikus mati. Maka, syarikat seperti ini boleh membantu.
Jika ragu-ragu, rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian Malaysia untuk senarai syarikat pengendali haiwan dan makhluk perosak yang berdaftar.
Akhir kata
Demikian beberapa tips atau petua halau tikus dari kami. Selain itu
juga, kebersihan rumah juga perlu dijaga kerana sisa-sisa makanan boleh
mengundang tikus. Sentiasa membuang sampah pada waktu awal pagi dan
malam supaya tikus tidak mencari sisa makanan di dalam rumah.
Sentiasalah mengawasi tahap kebersihan di sekitar kawasan perumahan,
dan penduduk boleh bekerjasama untuk bergotong-royong membersihkan
kawasan perumahan. Akhir kata, kebersihan menjamin kesihatan.
PETUA-PETUA
Sila pilih petua-petua yang anda cari :
- Petua Osteoporosis ( Tulang Rapuh)
- Labu - Tekak,Demam Panas, kahak bercampur darah
- Masalah Anak Cakap Pelat
- Masalah Penyakit Gout Buah Pinggang
- Bersihkan Oven Berminyak
- Cara Cuci Singki
- Petua Bercakap Dengan Pokok / Ruqyah
- Petua Kencing Tikus
- Khasiat Kunyit
- Bio Haq dan Aura Mawar (MTG)
- Rahsia Khasiat Daun Kari
- Petua Dan Ubat Sakit Kaki
- Rahsia Khasiat Daun Kesum
- Makanan Semulajadi Membunuh Kanser
- Khasiat Buah Betik
- 5 Bahaya Bancuh Susu Formula
- Petua Halau Ulat Gonggok
- 16 Petua Halau Tikus
- 18 Petua Halau Cicak
- 10 Petua Halau Lalat
- 10 Petua Halau Semut
- 11 Petua Menghalau Lipas
- 11 Petua Merawat Demam Denggi
- Petua Membersihkan Brokoli
- Cara Kembalikan Sihir
- Khasiat Bawang Putih - Kolestrol
- Petua Rawatan Demam Panas - Telur Rebus
- Petua Masak Nasi - Kasih Sayang
- Petua Kucing Kurap
- Doa apabila kita dizalimi
- Rawatan Deman Campak Tradisional
- Awas 10 Makanan Gatal
- Petua Hilangkan Sakit Kepala/Pening
- Amalan Doa Penggerak / Pendinding
- Penyediaan Jus Bidara Rukyah
- Petua Pantang Bersalin
- Hilangkan sakit-sakit badan
- Petua Mandi Ais dan Limau Purut
- Rahsia First Ranking Google
- Siapakah Ummu Sibyan ?
- Khasiat Labu Siam
- Rawatan Bengkak Tongsil
- Petua Hilangkan Uban / Daun Rambutan
- Teknik Betul Cuci Sayur-sayuran
- Sihir Perniagaan
- Mandi Limau Nipis
- Petua Jerawat
- Petua Untuk Penyakit Buasir
- Petua Untuk Panau, Kurap dan Kudis Buta
- Ayat pendinding Diri